Pengguguran secara perubatan menggunakan satu atau gabungan beberapa jenis tablet untuk menamatkan kehamilan di bawah minggu ke-12 tanpa menggunakan kaedah pembedahan.  Jenis pengguguran secara perubatan yang paling selamat dan berkesan memerlukan dua jenis pil yang berbeza. Ubat ini, yang dinamakan Mifepristone dan Misoprostol, boleh menyebabkan penamatan kehamilan secara spontan dari uterus. Mifepristone dan Misoprostol disenaraikan sebagai ubat penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Mifepristone menghalang hormon progrestrone, yang diperlukan untuk meneruskan kehamilan. Tanpa hormon ini, telur yang telah disenyawakan yang melekat di dinding rahim akan terganggu dan rahim mengecut. Misoprostol menyebabkan kontraksi lebih hebat dan mengeluarkan hasil kehamilan dari rahim.

Mifepristone dengan Misoprostol telah terbukti sangat berkesan, selamat dan diterima untuk pengguguran semasa awal trimester pertama. Kesan daripada menggunakan kaedah pengguguran ini termasuklah kekejangan dan pendarahan berterusan seperti dating haid. Kesan sampingan biasa termasuklah loya, muntah dan cirit-birit. Risiko komplikasi yang serius amat rendah.

Keguguran boleh berlaku dalam tempoh 2 hingga 3 bulan semasa kehamilan. Tetapi ada juga keguguran yang berlaku pada bulan 4 keatas tetapi sangat jarang sekali berlaku. Berikut adalah senarai simptom2 dan punca2 keguguran boleh berlaku.

A) Simptom keguguran:

1. Ujian air kencing – salah satu garis samar-samar

Apabila anda membuat ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan walaupun selepas mendapati haid anda tidak datang, hanya 1 garis merah sahaja yang keluar menunjukkan keputusan yang –ve. Ini mungkin kerana kepekatan air kencing anda tidak sama dengan orang yang hamil dan mungkin kandungan tidak menjadi. Orang yang hamil akan menunjukkan kesan +ve walaupun sudah 1 minggu lewat datang period.

2) Perut tidak selesa

Perut anda terasa tidak selesa seperti ingin datang period, sedangkan anda sangka anda sedang hamil. Orang yang hamil tidak akan rasa ketidakselesaan pada awal kehamilan sehingga lah kandungannya mencecah 3 atau 4 bulan bila kandungan semakin membesar.

3) Tiada alahan

Simptom ini adalah sangat subjektif kerana ianya terpulang kepada badan individu masing2. Ada sesetengah ibu yang hamil tapi tidak mengalami alahan langsung. Tapi bagi yang mengalami alahan yang sangat teruk, ini suatu petanda baik bagi kandungan yang sihat berkembang di dalam rahim kita.

4) Tanda- tanda seperti datang haid

Terpulang kepada individu bagaimana tanda yang akan datang jika datang haid. Ada yang tumbuh jerawat di muka, payudara gatal, muka berminyak dan sebagainya. Bagi ibu yang hamil tanda-tanda seperti datang haid ini tidak akan timbul kerana perubahan horman yang sangat ketara menghalang tanda2 ini dari berlaku.

5) Keluar darah yang sangat sakit

Apabila berlaku pendarahan yang sangat banyak dan sangat sakit, 70% kemungkinan anda akan mengalami keguguran. Orang yang hamil tidak sepatutnye keluar darah semasa hamil dan jika ada pun hanya sedikit dan tidak memudaratkan.